Sunday, January 30, 2011

HARI-HARI ALAM SEKITAR

HARI ALAM SEKITAR 2007

Tajuk Hari Alam Sekitar 2007 ialah "Ais yang Mencair- Topik Hangat?" (Melting Ice - A Hot Topic?). Semasa Hari Kutub Antarabangsa , HAS 2007  menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti kutub, pada kawasan lain yang diliputi ais dan salji, dan kesannya kepada dunia. Sambutan antarabangsa utama diadakan di bandar Tromsø, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" (The Gateway to the Arctic).

HARI ALAM SEKITAR 2006

Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" (Desert and Desertification). Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan menggurunkan tanah kering" (Don't desert drylands).
Slogan ini menitikberatkan kepentingan melindungitanh kering, yang melitupi lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan di Algeria.

HARI ALAM SEKITAR 2005

Daripada laman web rasmi:
Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah masa depan bandar dapat dikekalkan.
Para datuk bandar sedang bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor masyarakat.
Sumber : wikipedia.com.my

HARI ALAM SEKITAR

Menurut laman sesawang wikipedia.com, Hari Alam Sekitar (HAS) atau World Environment Day (WED) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam. Setiap tahun sambutan HAS mempunyai tema yang berbeza. Berikut ialah tema-tema terdahulu:
  • 2007 - Aia yang Mencair-Topik Hangat?
  • 2006 - Gurun dan Penggurunan
  • 2005 - Bandar Hijau-Merancang untuk Planet Ini!
  • 2004 - Dikehendaki!Laut dan Lautan-Mati atau Hidup?
  • 2003 - Air-Dua Billion Orang sedang Mati untuknya!
  • 2002 - Bagi Bumi Satu Peluang 
  • 2001 - Berhubung Dengan World Wide Web Kehidupan
  • 2000 - Milineum Alam Sekitar-Masa untuk Bertindak
  • 1999 - Bumi Kita-Masa Depan Kita-Terus Selamatkannya!
  • 1998 - Untuk Hidupan di Bumi-Selamatkan Laut Kita
  • 1997 - Untuk Hidupan di Bumi
  • 1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
  • 1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
  • 1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
  • 1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran Kejam
  • 1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
  • 1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
  • 1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
  • 1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
  • 1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran, Pembangunan akan Berkekalan
  • 1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar Atap
  • 1986 - Pokok Untuk Kedamaian
  • 1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
  • 1984 - Penggurunan (Desertification)
  • 1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan Asid dan Tenaga
  • 1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm (Pembaharuan Kebimbangan Persekitaran)
  • 1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan Manusia
  • 1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan Daratan dan Penyahgredan Tanah
  • 1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
  • 1975 - Petempatan Manusia
  • 1974 - Cuma Satu Bumi

EVOLUSI

Jawapan bagi soalan tentang kepelbagaian kehidupan telah dirumuskan oleh Charles Darwin pada akhir abad kesembilan belas. Pada usia dua puluh dua tahun, Darwin telah bertugas sebagai ahli alamiah dengan H.M.S Beagle, iaitu sebuah kapal yang mengambil masa pelayaran selama lima tahun untuk mengelilingi dunia. Kapal tersebut belayar ke arah hemisfera selatan, tempat wujudnya kehidupan yang sangat banyak dan berbagai-berbagai. Di sepanjang pelayaran tersebut, Darwin telah menemui bentuk hidup yang sangat berbeza daripada yang ditemuinya di tempat asalnya di England. 

Charles Darwin semasa berusia tiga puluh
satu tahun,empat tahun selepas beliau kembali
daripada pelayaran dengan Beagle.

Sumber bahan : Sylvia S. Mander , Biologi , Evolusi , Kepelbagaian dan Persekitaran.
Penterjemah    : Rosiyah Abd Latif , Rozillah Othman@Ali , dan Noorizan Abd Latif
Editor          : Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur , 1995.
   

Friday, January 28, 2011

KEHIDUPAN

Seluruh bahagian dunia dipenuhi oleh kehidupan. Hanya sebahagian kecil kawasan hidupan air di kutub yang sangat terasing dan terpencil tidak didiami oleh mana-mana kehidupan. Tanpa kehidupan, planet kita tidak mempunyai apa-apa kecuali batu gondol yang memenuhi ruang yang kosong itu. Hidupan yang wujud di dunia ini adalah sangat menakjubkan. Manusia merupakan sebahagian daripadanya. Benda hidup yang pelbagai merangkumi diatom unisel yang sangat kecil untuk dilihat oleh mata kasar, hinggalah kepada pokok kayu merah yang sangat besar yang tingginya mencapai tiga ratus kali atau lebih. Walaupun kepelbagaian ini sungguh luas, namun semua jenis organisma ini berkongsi ciri tertentu yang sama. Secara keseluruhannya, organisma ini memberi gambaran kepada kita tentang ciri-ciri hidupan dan membantu kita membezakan benda hidup daripada benda bukan hidup.


Sumber rujukan : Sylvia s. Mander , Biologi , Evolusi , Kepelbagaian dan Persekitaran
Penterjemah      : Rosiyah Abd Latif , Rozillah Othman@Ali , dan Noorizan Abd Latif
Editor               : Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur , 1995 

APA ITU ALAM SEKITAR?

Menurut laman sesawang wikipedia.com, alam sekitar merupakan segala benda hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar merangkumi beberapa kompenen utama:
  • Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku.
  • Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.