Friday, January 28, 2011

KEHIDUPAN

Seluruh bahagian dunia dipenuhi oleh kehidupan. Hanya sebahagian kecil kawasan hidupan air di kutub yang sangat terasing dan terpencil tidak didiami oleh mana-mana kehidupan. Tanpa kehidupan, planet kita tidak mempunyai apa-apa kecuali batu gondol yang memenuhi ruang yang kosong itu. Hidupan yang wujud di dunia ini adalah sangat menakjubkan. Manusia merupakan sebahagian daripadanya. Benda hidup yang pelbagai merangkumi diatom unisel yang sangat kecil untuk dilihat oleh mata kasar, hinggalah kepada pokok kayu merah yang sangat besar yang tingginya mencapai tiga ratus kali atau lebih. Walaupun kepelbagaian ini sungguh luas, namun semua jenis organisma ini berkongsi ciri tertentu yang sama. Secara keseluruhannya, organisma ini memberi gambaran kepada kita tentang ciri-ciri hidupan dan membantu kita membezakan benda hidup daripada benda bukan hidup.


Sumber rujukan : Sylvia s. Mander , Biologi , Evolusi , Kepelbagaian dan Persekitaran
Penterjemah      : Rosiyah Abd Latif , Rozillah Othman@Ali , dan Noorizan Abd Latif
Editor               : Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur , 1995 

No comments:

Post a Comment