Sunday, January 30, 2011

HARI-HARI ALAM SEKITAR

HARI ALAM SEKITAR 2007

Tajuk Hari Alam Sekitar 2007 ialah "Ais yang Mencair- Topik Hangat?" (Melting Ice - A Hot Topic?). Semasa Hari Kutub Antarabangsa , HAS 2007  menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti kutub, pada kawasan lain yang diliputi ais dan salji, dan kesannya kepada dunia. Sambutan antarabangsa utama diadakan di bandar Tromsø, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" (The Gateway to the Arctic).

HARI ALAM SEKITAR 2006

Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" (Desert and Desertification). Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan menggurunkan tanah kering" (Don't desert drylands).
Slogan ini menitikberatkan kepentingan melindungitanh kering, yang melitupi lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan di Algeria.

HARI ALAM SEKITAR 2005

Daripada laman web rasmi:
Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah masa depan bandar dapat dikekalkan.
Para datuk bandar sedang bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor masyarakat.
Sumber : wikipedia.com.my

No comments:

Post a Comment